Credit to Murai.com.my
KUALA LUMPUR, 29 MEI 2010: Selama 3 bulan berada di dalam Akademi, dengan mengikuti setiap kelas dan pembelajaran yang berbeza setiap hari, ditambah pula dengan tugasan mencabar yang setiap minggu diberi, tentu tekanannya tak mudah untuk ditangani setiap pelajar Akademi Fantasia ini.
Tidak terkecualilah yang berlaku di kalangan barisan pelajar AF8 pada musim kali ini. Cabaran yang terpaksa mereka hadapi atau lalui pada setiap minggu tetap sama. Tekanan yang diterima daripada pengetua, tenaga pengajar dan pengundi, sentiasa berterusan.
Maka, tidak hairanlah kalau Shahir, Adira, Daus, Maulana, Iwan, Shah, Aliff, Nad, Anum, Ema dan Ain kelihatan seolah-olah seperti orang yang melepaskan geram sewaktu menjayakan acara sesi karaoke sempena meraikan majlis penyampaian hadiah buat 5 pemenang Mencari Bintang Apa Kata M(AKM) di pusat karaoke Neway di Puchong, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Dianjurkan portal hiburan murai.com.my, acara yang telah mendapat tajaan daripada Maybelline, RNL Florist (serta pusat karaoke Neway sendiri ini telah berlangsung dalam suasana yang cukup sederhana tetapi meriah, santai serta menghiburkan............
Malah, Maulana juga turut membawakan lagu Kasih nyanyian Hetty Koes Endang. Lagu itu telah nyanyikan secara duet bersama peminat setianya. Nampaknya Maulana pun pandai berkeroncong jugak. Al-maklumlah orang Johor.
Apapun, Pertandingan AKM yang telah diadakan sebanyak 2 saringan ini telah diwarnakan oleh Maybelline, ditaja RNL Florist dan dimeriahkan Neway Karaoke sebagai penaja utama. Ia juga adalah salah satu segmen istimewa yang mengisi Slot AF8 @ Murai yang telah berlangsung sejak 13 Mac lalu dan tamat pada 13 April 2010.
read more dari murai
No comments:
Post a Comment